Thursday, November 17, 2011

Bismillah...dah lama tak update blog...nak berkongsi cerita sikit hari ini...kongsi cerita pasal anak-anak...Hakimi & Hana...budak² mucuk dua orang itu kene batuk & selsema...sudah hampir 3 minggu. Hana sudah beransur baik, tinggal batuk sikit². Hakimi, dengan hingus masih meleleh, batuk berkahak, bernafas melalui mulut...sangat kasihan. Nak menangis pun da tak boleh..sedih ok. :..( dua malam berturut dia mengadu sakit sambil pegang leher kat bahagian tekak. Agaknya perit atau sakit sangat di situ. Bagi minum air masak & sapu sikit asam jawa bagi lega.
Tak lama, mata sebelah kanan pula merah tapi tiada tahi mata macam orang kene sakit mata tu. Gosok² mata pun tidak. Umi pernah cakap, air susu ibu itu ada macam² khasiat n Kelebihan. So, titis sikit la kat mata hakimi...Alhamdulillah, dah beransur baik. Bawa Hakimi cek doktor, katanya mata merah disebabkan saluran ke hidung dan tekak tersumbat yang disebabkan oleh selsema. So, habuk² yang masuk ke dalam mata tak dapat keluar.
Kadang-kadang kita tidak sedar semua yang berlaku itu ketentuan yang memang Allah dah tulis sebelum kita lahir ke dunia ini lagi. Disebabkan sifat semulajadi manusia yang pelupa ni, selalu saje merungut sedangkan setiap perkara yang berlaku tu, Allah nak beri ganjaran pahala kalau kita terima dengan rela. Dengan kata lain, Dia kita selalu ingat Dia. Sebab itu diberinya sakit. Dengan sakit kita akan selalu sebut dan Ingat Allah. Sebabnya, pada Dia sahaja kita mohon untuk sihat. Ubat²an hanya membantu sahaja.
Semoga Hakimi & Hana cepat sembuh ye sayang. Ayah & Ibu sayang kamu <3 <3 <3

No comments: