Wednesday, April 18, 2012

Perancangan... ;)

19 April 2012...27 Jamadil Awal 1433 H...lebih kurang dua bulan lagi. Lepas ni duduk rumah jaga anak²...InsyaAllah. Itu permintaan suami, Mohammad Sany Sa'adon. Sebab² lain, orang yang jaga budak² ni da taknak jaga budak, tempat kerja jauh dari rumah (setengah ke 1 jam perjalanan), balik da penat utk layan suami & anak², duit minyak kereta cecah RM200 ke RM300.
Sebelum berhenti kerja, bercadang juga nak berniaga, kecil²an je.Buat cupcake @ coklat buatan tangan. Bukan mudah rupanya nak berniaga ni. Perlu ilmu yang banyak dan kesabaran yang tinggi. Layan kerenah anak² lagi masa buat kuih tu. ^_^ takpe lah...segala yang berlaku ada hikmahnya.
Coklat Buatan Tangan ~ da beli CD cara² buat. Study sikit². Cuba buat Alhamdulillah menjadi tapi hubby cakap macam ada rasa "tengik" sikit...hmmm coklat baru bli, belum expired lagi. Kene cuba lagi ni.
Sekarang sibuk buat langsir pula. Ambil ukuran baru siap malam tadi. Tinggal potong & hantar jahit tepi. Rancang nak jahit kat rumah UDA waktu rehat hari jumaat..rehat 3 jam :) Siap terus pasang. Tak perlu tunggu puasa. Jimat masa & tenaga..InsyaAllah ^_^

No comments: